Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kerana kelab ini telah kekal bernyawa dan mampu melebarkan sayapnya. Jutaan terima kasih kepada krew(Ahli Jawatankuasa Induk) dan ahli-ahli yang terlibat dalam setiap aktiviti yang dijalankan samada secara langsung atau tidak langsung dari penubuhannya sehingga kini. Atas segala penat usaha dan kerja keras tanpa mengenal erti penat dan lelah dan tanpa kata putus asa walaupun pelbagai rintangan melanda tetap setia meredahnya. Atas prinsip yang dikendong bersama dengan satu hasrat menjadikan kelab ini mampu meminimumkan kadar gejala sosial yang tidak bermoral dan memaksimumkan segala bentuk kebaikan dalam memperjuangkan kelab ini sebagai kelab berbentuk hiburan, sukan dan rekreasi yang hebat.

Untuk info semua .. kelab ini telah didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan 1966 Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984. Sijil Pendaftaran telah diperolehi pada 26 Mei 2011 dibawah nama KELAB PEMINAT JOZAN RAJA LAWAK, MALAYSIA dengan no. pendaftaran 2629-11-SEL.







21 Oct 2012

MISI JOZANNERS~VOTE FOR JOZAN

 
Assalammualaikum..
Rasanya semua Jozanners dah tahu yang JOZAN Tercalon dalam Shout Awards serta bertanding dalam Maharaja Lawak Mega 2012..Jadi sebagai peminat JOZAN haruslah mengundi JOZAN Dalam Shout Award dan MLM2012..teruskan menyokong serta mengundi JOZAN, semoga JOZAN mencapai kejayaan dan menang aminnn...cara-cara untuk mengundi JOZAN akan admin beritahu dari masa ke semasa, gambar kredit to Ain Ainie..

 

1 comment:

Unknown said...

Terbaik so Semua sayang Jozan kn so jgn lupa undi Jozan ok..yg akn bermula pd 22 oct hingga 22 nov ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...