Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kerana kelab ini telah kekal bernyawa dan mampu melebarkan sayapnya. Jutaan terima kasih kepada krew(Ahli Jawatankuasa Induk) dan ahli-ahli yang terlibat dalam setiap aktiviti yang dijalankan samada secara langsung atau tidak langsung dari penubuhannya sehingga kini. Atas segala penat usaha dan kerja keras tanpa mengenal erti penat dan lelah dan tanpa kata putus asa walaupun pelbagai rintangan melanda tetap setia meredahnya. Atas prinsip yang dikendong bersama dengan satu hasrat menjadikan kelab ini mampu meminimumkan kadar gejala sosial yang tidak bermoral dan memaksimumkan segala bentuk kebaikan dalam memperjuangkan kelab ini sebagai kelab berbentuk hiburan, sukan dan rekreasi yang hebat.

Untuk info semua .. kelab ini telah didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan 1966 Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984. Sijil Pendaftaran telah diperolehi pada 26 Mei 2011 dibawah nama KELAB PEMINAT JOZAN RAJA LAWAK, MALAYSIA dengan no. pendaftaran 2629-11-SEL.







20 Dec 2013

ELLY & EPIT MUSIM KE 2


 
JOHAN kembali dalam rancangan kanak-kanak .. ELLY & EPIT musim ke 2 ...  admin selitkan cerita ni pasai HERO kita pon ada dalam tu...hehehe lagi pon admin rasa ramai JOZANNERZ kat luar sana yang suka tengok rancangan ni sejak musim pertama lagi...
 
Bersesuaian dengan musim cuti sekolah sekarang ini, adik-adik yang ingin menonton drama bersiri komedi pastikan anda semua terus menyaksikan Astro Ceria. Ini kerana, drama Elly & Epit akan kembali menemui adik-adik pada setiap hari Ahad, jam 11 pagi bermula 1 Disember secara ekslusif  di Astro Ceria menerusi saluran 611.
 
Drama yang telah mencatatkan rating bilangan penonton yang tinggi ini akan terus menghiburkan adik-adik semua selain dari menceriakan kehidupan mengikut acuan tersendiri.
 
Drama terbitan Red Communications Sdn. Bhd akan bersiaran sebanyak 13 episod telah diarahkan oleh Choo Li Hsia dan Umi Salwana Omar. Elly dan Epit musim kedua ini masih mengekalkan watak dan barisan pelakon asal musim pertama iaitu, JOHAN  (Johari), Mohd Shafeiq Shazwan (Epit), Farahana Qismina atau Sweet (Elly), Raykarl (Kobi), Abdul Hadi (Hujan), Siti Amirah Dayana (Diana), Wan Faiqah Ainaa’ (Zila), Muhammad Azzammuddin (Khairil), Nik Adrea (Engku Sofea), Farah Nadia (Eliza) dan Shaifulazli (Alang).
 
Khas buat peminat setia drama komedi ini, musim kedua akan menceriakan lagi suasana apabila menampilkan pelakon terkenal seperti Lisa Surihani, Jonathan Putra, Wafiy Popstar, Crystal Lee, Ruminah Sidek, Harun Salim Bachik dan Akhmal Nazri sebagai Jibam yang diundang khas sebagai watak cameo. Drama ini terbukti mendapat perhatian ramai apabila telah diiktiraf sebagai Drama Komedi Terbaik di Anugerah Skrin 2012 sekaligus membuktikan bahawa drama ini mempunyai kesan yang positif terutama kepada anak-anak kecil selain menerapkan elemen kekeluargaan yang amat menarik.
 
Dengan keletah dan lawak jenaka dari Epit, Elly dan Kobi pelbagai mesej yang tersirat dapat ditonton apatah lagi dewasa ini elemen kekeluargaan semakin susah untuk dilihat didalam reality semasa. Jadi pastikan anda semua tidak lupa untuk menonton Elly dan Epit pada musim kedua iaiatu pada setiap hari Ahad, di Astro Ceria menerusi saluran 611! 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...