Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kerana kelab ini telah kekal bernyawa dan mampu melebarkan sayapnya. Jutaan terima kasih kepada krew(Ahli Jawatankuasa Induk) dan ahli-ahli yang terlibat dalam setiap aktiviti yang dijalankan samada secara langsung atau tidak langsung dari penubuhannya sehingga kini. Atas segala penat usaha dan kerja keras tanpa mengenal erti penat dan lelah dan tanpa kata putus asa walaupun pelbagai rintangan melanda tetap setia meredahnya. Atas prinsip yang dikendong bersama dengan satu hasrat menjadikan kelab ini mampu meminimumkan kadar gejala sosial yang tidak bermoral dan memaksimumkan segala bentuk kebaikan dalam memperjuangkan kelab ini sebagai kelab berbentuk hiburan, sukan dan rekreasi yang hebat.

Untuk info semua .. kelab ini telah didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan 1966 Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984. Sijil Pendaftaran telah diperolehi pada 26 Mei 2011 dibawah nama KELAB PEMINAT JOZAN RAJA LAWAK, MALAYSIA dengan no. pendaftaran 2629-11-SEL.







20 Dec 2013

FILEM TOKAN DIPAWAGAM 26 DECEMBER 2013



Lakonan yang admin rasa ZIZAN berani untuk mencuba watak baru.. watak yang tak ada lawak jenaka. TOKAN berada di pawagam berhampiran pada 26 DECEMBER 2013. Filem TOKAN yang diklasifikasikan sebagai filem AKSI ini diharap dapat memberi kelainan dalam lakonan ZIZAN



Barisan pelakon dan Crew filem TOKAN


Rano (Main Actor/Actress)

Mat Lobe (Main Actor/Actress)

Yusof (Main Actor/Actress)

Solihin (Main Actor/Actress)

Tuan Kamil (Main Actor/Actress)

Suri (Main Actor/Actress)

Wanna (Main Actor/Actress)

Johar (Supporting Actor)

Adira (Supporting Actor)

Tuan Gan (Supporting Actor)
Crew
Director
Producer
Original Story
Original Story
Original Story
Screenplay
Art Director
Assistant Director


Assistant Director


Sinopsis :~
Berita kematian Tuan Gan memeranjatkan semua toakn di Malaysia, termasuklah Tuan Kamil.Tuan Kamil, bapa kepada dua orang puteri iaitu Suri dan Wana, juga merupakan seorang Tokan terbesar di Melaka. Terdapat 7 orang lagi Tokan lain di bawah kuasanya termasuklah Mat Lobe. Mat Lobe merupakan antara Tokan yang masih muda dan paling muda di antara Tokan lain di Melaka. Mat Lobe adalah seorang yang kelakar dan suka bergurau. Suri,Wana,Yusof dan Solihin juga sering disakat dan dikacau oleh Mat Lobe. Solihin adalah salah seorang daripada Tokan di Melaka. Solihin merupakan seorang yang kreatif dalam proses pembuatan dadah. Dia banyak menghabiskan masanya di dalam makmal, memproses dan mengkaji dadah-dadah yang dihasilkan olehnya. Yusf berasal dari kampung dan berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan dan ditawarkan bekerja dikilang milik Tuan Kamil. Setelah bekerja untuk beberapa ketika di kilang tersebut, Tuan Kamil telah menganggap Yusof seperti anaknya sendiri.Yusof telah diambil sebagai pegawai keselamatan serta pengawal peribadi Tuan Kamil. Selama khidmat Yusof bersama Tuan Kamil, Yusof tidak pernah tercedera atau dicederakan sehingga pertemuannya dengan Rano. Rano, seorang tentera dan menaraik diri dari khidmat ketenteraan kerana telah diupah oleh seseorang untuk membunuh semua Tokan di Malaysia.Di samping menjalankan misi yang diupah, Rano turut menyimpan dendam terhadap Tokan di Malaysia kerana adiknya telah ditangkap menjadi keldai dadah di Brazil.

Jangan lupakan saksikan Filem Tokan di pawagam berdekatan anda and GOOD LUCK OUR JOZANNERZ HERO~~ZIZAN~~
  

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...