Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kerana kelab ini telah kekal bernyawa dan mampu melebarkan sayapnya. Jutaan terima kasih kepada krew(Ahli Jawatankuasa Induk) dan ahli-ahli yang terlibat dalam setiap aktiviti yang dijalankan samada secara langsung atau tidak langsung dari penubuhannya sehingga kini. Atas segala penat usaha dan kerja keras tanpa mengenal erti penat dan lelah dan tanpa kata putus asa walaupun pelbagai rintangan melanda tetap setia meredahnya. Atas prinsip yang dikendong bersama dengan satu hasrat menjadikan kelab ini mampu meminimumkan kadar gejala sosial yang tidak bermoral dan memaksimumkan segala bentuk kebaikan dalam memperjuangkan kelab ini sebagai kelab berbentuk hiburan, sukan dan rekreasi yang hebat.

Untuk info semua .. kelab ini telah didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan 1966 Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984. Sijil Pendaftaran telah diperolehi pada 26 Mei 2011 dibawah nama KELAB PEMINAT JOZAN RAJA LAWAK, MALAYSIA dengan no. pendaftaran 2629-11-SEL.







20 Dec 2013

PROJEK BANJIR ERA



PROJEK BANJIR ERA anjuran ERA.FM ini adalah untuk membantu mangsa-mangsa banjir yang melanda Kuantan Pahang awal December 2013. Semua penyampai ERA turun padang dri pengutip sumbangan sampailah menghantar sumbangan. Semoga Allah merahmati niat ikhlas kamu TEAM ERA termasuk la HERO JOZANNERZ sorang ni JOHAN....

Berikut jadual sepanjang program berlangsung :~

~~~ Keluarga #ERAvengers berada di perkarangan Masjid Wilayah Jln Duta selepas solat Jumaat, 6 Disember 201. 

~~~ #ProjekBanjirERA berada di Tesco Ara Damansara pada 8 Disember dari jam 12 tengahari hingga 5 petang.
 
~~~ Penyampai JoHaRa Pagi ERA, Haniff bersama Skuad ERA dan Skuad IM4U akan ke Pahang untuk membantu mangsa-mangsa banjir membersihkan kawasan rumah yang dilanda banjir pada 11 Disember 2013.

bukan sahaja Team ERA yang bertungkus lumus membantu malah
* Kelab Peminat Aaron Aziz a.k.a AARONATORS juga membuat kutipan pada hari Selasa, 10 Disember 2013 di Giant, Kota Damansara pada jam 8 malam.


MULIA HATI MEREKA... YA ALLAH MULIAKAN JUGA MEREKA YANG TELAH MENGHULURKAN BANTUAN.

Gambar sekitar #ProjekBanjirERA 
#ProjekBanjirERA ERA.FM team

 
  
 #ProjekBanjirERA & Aaronnators  


 Sukarelawan IM4U

Sumber :  http://www.era.fm
http://instagram.com/era_fm
http://instagram.com/aaronatorsfc 





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...