Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kerana kelab ini telah kekal bernyawa dan mampu melebarkan sayapnya. Jutaan terima kasih kepada krew(Ahli Jawatankuasa Induk) dan ahli-ahli yang terlibat dalam setiap aktiviti yang dijalankan samada secara langsung atau tidak langsung dari penubuhannya sehingga kini. Atas segala penat usaha dan kerja keras tanpa mengenal erti penat dan lelah dan tanpa kata putus asa walaupun pelbagai rintangan melanda tetap setia meredahnya. Atas prinsip yang dikendong bersama dengan satu hasrat menjadikan kelab ini mampu meminimumkan kadar gejala sosial yang tidak bermoral dan memaksimumkan segala bentuk kebaikan dalam memperjuangkan kelab ini sebagai kelab berbentuk hiburan, sukan dan rekreasi yang hebat.

Untuk info semua .. kelab ini telah didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan 1966 Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984. Sijil Pendaftaran telah diperolehi pada 26 Mei 2011 dibawah nama KELAB PEMINAT JOZAN RAJA LAWAK, MALAYSIA dengan no. pendaftaran 2629-11-SEL.







20 Dec 2013

PAPADOM 2


Ni sikit2 pasal Filem PAPADOM 2 by Afdlin Shauk... eh eh kenapa pulak cerita Afdlin Shauki ada kat dalam Blog JOZAN ni?... sebenarnya dalam filem tu JOHAN & OZLYN ada berlakon sebagai pelakon tambahan. masa admin jumpa mereka berdua ada la sikit2 cerita yang mereka sebenarnya saja suka2 berlakon bersama dalam filem tu...senang citer Tak Sengaja ... camtu pon boleh... by the way.. korang tengok sendiri la filem PAPADOM 2 kat pawagam bermula pada 12 December 2013 ...

Jom baca Sinopsis :~ 

Saadom, pemilik restoran yang berjaya di Pulau Pinang berasa sunyi selepas anak perempuannya, Miasra berhijrah ke Kuala Lumpur. Saadom terkejut apabila mengetahui anaknya ingin berkahwin dan risau sekiranya anaknya itu membuat pemilihan yang salah.

Alangkah terkejutnya Saadom apabila mengetahui bahawa terdapat tiga lelaki yang mungkin menjadi teman lelaki Miasara. Jadi Saadom mengambil keputusan untuk melakukan kerjanya yang dahulu iaitu mengintip!

Siapakah yang bakal menjadi teman lelaki Miasara? Apakah hasrat Miasara untuk berkahwin tercapai? Bagaimana pula hubungan Miasara dan bapanya?


Klo nak tau cerita nya camne... jom ke pawagam ...


sebelum admin lupa pihak Afdlin Shauki ada bawak fan 19 Dec 2013 untuk menonton bersama secara percuma di TGV Cinema Wangsawalk Mall dengan syarat memakai PELEKAT PANTS / BATIK PANTS keluaran Afdlin Shauki sdri. gempaq MDO dia.. semua dok pakai pelekat tgok wayang ... hahhahaa 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...