Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kerana kelab ini telah kekal bernyawa dan mampu melebarkan sayapnya. Jutaan terima kasih kepada krew(Ahli Jawatankuasa Induk) dan ahli-ahli yang terlibat dalam setiap aktiviti yang dijalankan samada secara langsung atau tidak langsung dari penubuhannya sehingga kini. Atas segala penat usaha dan kerja keras tanpa mengenal erti penat dan lelah dan tanpa kata putus asa walaupun pelbagai rintangan melanda tetap setia meredahnya. Atas prinsip yang dikendong bersama dengan satu hasrat menjadikan kelab ini mampu meminimumkan kadar gejala sosial yang tidak bermoral dan memaksimumkan segala bentuk kebaikan dalam memperjuangkan kelab ini sebagai kelab berbentuk hiburan, sukan dan rekreasi yang hebat.

Untuk info semua .. kelab ini telah didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan 1966 Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984. Sijil Pendaftaran telah diperolehi pada 26 Mei 2011 dibawah nama KELAB PEMINAT JOZAN RAJA LAWAK, MALAYSIA dengan no. pendaftaran 2629-11-SEL.







31 Oct 2012

KoLeksi Animated Gif JozaN (Sentap - Oh Yeah)

Assalammualaikum..
hari ni admin nk kongsikan koleksi Animated Gif JoZaN Versi ala2 Sentap dari rancangan Oh Yeah..








Koleksi Animated Gif JoZaN ni credit for Nur Hazwani Ghazali

28 Oct 2012

ViDeO JOZAN Dalam ProgRam Fadzilah Kamsah SeLaMi JiWa,Astro Oasis

Assalammualaikum..
bagi sesiapa yang tidak dapat menonton Program Dato Fadzilah Kamsah Selami Jiwa musim kedua iaitu episod yang ada JOZAN jangan risau..Admin ada memasukkan videonya ke dalam blog JoZaN ini jadi semua pun boleh menontonnya..Di awal rancangan pun dah lucu dengan gelagat JOZAN, Topik yang dibincangkan untuk episod ini adalah Bahana Laman Sosial..JoHaN dan ZiZaN Berkongsi pandangan dan pengalaman diorang mengenai topik yang dibincangkan..perbincangan topik berkenaan amat menarik sekali diselang selikan dengan gelagat JOZAN yang spontan membuatkan rancangan ini lebih menghiburkan, diharapkan semua Jozaners yang menonton video ini terhibur dan memperoleh ilmu dan manfaat daripadanya.
Jom tengok videonya dibawah ini..

VIDEO DESTINASI CINTA JOHAN & OZLYNN


Assalammualaikum
kepada sesiapa yang belum berkesempatan menonton Rancangan DestiNasi Cinta Bersama Air Asia episod JoHaN dan Ozlynn (JozLynn) boleh lah menontonnya sekarang kerana admin dah masukkan video tersebut dalam blog ini..semoga terhibur melihat gelagat pasangan romantik (JozLynn)dalam percutian mereka ini

24 Oct 2012

JOZAN DALAM MAHARAJALAWAK MEGA 2012

Assalammualaikum..
Barisan peserta untuk MaharajaLawak Mega 2012 telah diumumkan..jadi memang sah JOZAN turut bertanding untuk merebut gelaran juara Maharaja Lawak Mega 2012..MaharajaLawak Mega 2012 akan membuka tirainya pada 16 November ini. Jadi Semua Jozannerz bersedialah untuk mengundi JOZAN dalam MLM nanti yer..semoga kemenangan berpihak pada kita amin..teruskan sokongan dan jangan lupa untuk mengundi JOZAN yer untuk MaharajaLawak Mega 2012 serta Shout Awards...
Nak tahu keseluruhan peserta yang bertanding dalam Maharaja Lawak Mega 2012 ini jom tengok Promo MLM dibawah ini..

jom dengarkan Radio Online Jozan Fm klik sini- http://jozanfm.freeshoutcast.com/

JozanFM - Hosting by FastCast4u.com

JozanFM - Hosting by FastCast4u.com

23 Oct 2012

JOM MENGUNDI JOZAN UNTUK SHOUT AWARDS

Assalammualaikum..
Pada hari Isnin yang lalu Undian untuk Shout Awards telah dibuka dan JoHaN dan ZizaN juga tercalon dalam beberapa dalam kategori. Kepada semua Jozannerz diharapkan dapat mengundi setiap hari. Undian untuk Shout Awards dibuka selama sebulan iaitu dari 22 Oktober hingga 22 November 2012..undian secara online korang boleh singgah ke sini untuk mengundi http://www.shoutawards.com.my/2012/ Teruskan mengundi yer semoga kemenangan berpihak kepada kepada JOZAN..Undian menerusi SMS boleh lihat gambar2 dibawah yer..
 
 
 

21 Oct 2012

MISI JOZANNERS~VOTE FOR JOZAN

 
Assalammualaikum..
Rasanya semua Jozanners dah tahu yang JOZAN Tercalon dalam Shout Awards serta bertanding dalam Maharaja Lawak Mega 2012..Jadi sebagai peminat JOZAN haruslah mengundi JOZAN Dalam Shout Award dan MLM2012..teruskan menyokong serta mengundi JOZAN, semoga JOZAN mencapai kejayaan dan menang aminnn...cara-cara untuk mengundi JOZAN akan admin beritahu dari masa ke semasa, gambar kredit to Ain Ainie..

 

19 Oct 2012

JOZAN DI ASTRO OASIS PADA RAYA HAJI KE-2

Assalammualaikum..
kepada semua Jozanners tetapkan temujanji anda semua dengan JOZAN pada Raya Haji ke-2 27/10/2012 di Astro Oasis pada pukul 5.00 petang untuk program Fadzilah Kamsah Selami Jiwa Musim Kedua Istimewa..Ada JOZAN tuh rugi kalau tak tengok..Topik yang dibincangkan pastinya menarik jadi jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan JOZAN di Astro Oasis k..teruskan menyokong JOZAN..gambar kt atas ni kredit to Amiera Miera

ProMo

17 Oct 2012

JOZAN VIDEO FROM JOZANNERS

Assalammualaikum...
Seperti yang semua tahu,ramai Jozanners yang rajin mengedit dan membuat banyak video2 JOZAN Di Youtube..So hari ni admin nak memasukkan video-video JOZAN yang dibuat oleh JOZANNERS di blog ini sebagai tanda penghargaan kepada mereka. Admin akan upload semua video2 tu secara berperingkat-peringkat dan sedikit demi sedikit..so marilah kita menghayati video2 JOZAN yang diedit khas oleh Jozanners..enjoy k..

1)Tajuk~The Meaning Of J.O.Z.A.N by Nurhazwani Hussain


2)Tajuk~JOZAN WIN By Ira Jozannerz


3)Tajuk~ JOZAN-A FRIENDSHIP STORY By Nur Hazwani Ghazali


4)Tajuk~JOZAN SELAMANYA By Iman Jozannerz


5)Tajuk~LOVE WITH TWO...JOZAN By iLuvJozan

layan k..semoga terhibur...

16 Oct 2012

BioData JoHaN DaN ZiZaN

Assalammualaikum..
rasanya kebanyakkan Jozanners yang dah lama minat JOZAN pastinya sudah tahu mengenai segala hal tentang diri mereka. Walaupun begitu bagi Jozanners yang baru saja mula minat JOZAN mungkin belum tahu serba sedikit mengenai diri mereka. Disamping itu ada juga beberapa request yang mahukan admin menceritakan serba sedikit mengenai Biodata JOZAN..so selamat membaca yer.

BioData JOHAN RAJA LAWAK
Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz atau popular sebagai Johan merupakan seorang pelawak dan pengacara popular Malaysia. Beliau mengacarakan program realiti Raja Lawak sejak musim kedua setelah memenangi tempat ketiga pada musim pertama. Beliau merupakan peserta Maharaja Lawak bergandingan secara duo yang dikenali sebagai Jozan dan dinobatkan sebagai naib juara. Disamping itu, beliau juga adalah seorang penyampai radio Era.Fm dan mengendalikan riuh pagi era berasa Ray dan Hanif. Mereka bertiga dikenali sebagai JoHaRa pagi Era pada setiap isnin hingga jumaat (6-10 pagi). Johan juga adalah pemenang bagi kategori Artis Komedi Lelaki Paling Popular (ABPBH 2011) yang telah berlangsung pada April 2012.
Johan adalah anak saudara kepada pelawak veteran,Salleh Yaakub dan sudah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ozlynn.

Filem

Telefilem

  • Hang Pa La Hang Tu
  • Halimah Jongang
  • Syawal Pertama
  • Nak Balik Raya
  • Duyong & Dugong
  • Osman Brani
  • Awek Ku Bukan Awek Mu
  • Maharaja Lawak Raya
  • Drogba & Rooney
  • Oh Yeah~
  • Bila Shuib Speaking London
  • Puding Bling-Bling

Drama/Episod

  • LawaKing
  • Jozan Show
  • Chaparela
  • Rabunnya Cinta
  • Alang Menanti Malang
  • Jejaka "J"
  • Redah Kasih Pecah
  • Edisi Khas (TV3)
  • S.Y.O.K (RTM1)
  • Elly & Epit (Astro)
  • Super Lawak FC (Astro)
  • Super Spontan (Astro)
  • Karoot Komedia (Astro)
  • Berita Hangit (Astro)
  • Karoot Komedia X (Astro)
  • Achaner tu Johan (Astro)

[sunting]Teater

  • Lawak Ke Der?

[sunting]Host

  • Raja Lawak musim ke-2 hingga ke-6
  • Jozan Show
  • Lawaking
  • Konsert Lawak
  • Galaksi Sharp
  • Anugerah Seri Angkasa
  • Festival Filem Malaysia ke-24
  • Achaner tu Johan (Astro)

[sunting]Peserta

  • Raja Lawak
  • Serasi Bersama
  • Redah Kasi Pecah
  • Kalau Berani 1 vs 0
  • Gameshow Mandi
  • Ketuk-ketuk Ramadhan
  • Shouts Award
  • Maharaja Lawak
  • Mega Raya 2011
  • Konsert Fenomena 30 Search
  • Seniman Menangis

[sunting]Pencapaian

  • Tempat Ke 2 - Super Spontan
~Sumber~

BioData ZiZAN RAZAK

Zizan Razak atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak ialah seorang pelawak, pelakon dan pengacara Malaysia. Beliau dilahirkan pada 15 April 1984 dan berasal dari Dungun, Terengganu. Beliau merupakan anak bongsu daripada dua beradik. Beliau ialah naib juara Raja Lawak musim pertama, malahan ketika awal kemunculannya beliau dipanggil sebagai Zizan Raja Lawak. Beliau juga merupakan peserta Maharaja Lawak dan bergandingan dengan Johan serta dinobatkan sebagai naib juara Maharaja Lawak. Zizan juga telah dinobatkan juara Super Spontan dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 dan sebuah kereta Toyota Camry.

Filmografi


TahunFilemWatak
2009Duhai Si Pari-PariPenyamun
2010Lu Pikirlah Sendiri de MovieZizan
2010Kapoww!!Atoi
2011KL GangsterFadil
2011Hantu BoncengAmran
2012Cinta Kura-KuraVoice of Nico
2012Jangan Pandang-PandangAjis
2012Uncle UsinSpy 13
2012Jalan Kembali: Bohsia 2Ejan
2012Mael LambongMael Lambong
2012Baik Giler!!Afiq
2012Hantu KapcaiAjib
2012Untuk Tiga HariRemi
Drama
  • Gitu-Gitu Apek
  • Gaia
  • Chaparela
  • Kapoww!!
  • Oh Yeah!
Pengacaraan
  • Lawaking
  • Raja Lawak
  • Bolos
  • Jozan Show
  • Funniest Pets & Peoples
  • Konsert Lawak
  • Zizan Show
  • Melodi
Peserta
  • Raja Lawak
  • Spontan
  • Redah Kasi Pecah
  • Jangan Lupa Lirik: Raya Raya Raya!! 2010
  • Anda Ada 60 Saat
  • Maharaja Lawak
  • Mega Raya 2011
  • Super Spontan
teruskan menyokong JOZAN Selamanya....

15 Oct 2012

JoHaN RaJa LaWak Live in UTM (Fesko 49)




Assalammualaikum...
Rindu nak tengok persembahan JoHaN?..Jom ramai2 kita tengok video kat atas ni yg mana JoHaN ada buat show di UTM sempena Festival Konvokesyen UTM yang ke 49 (Fesko 49) baru-baru ini..
Penuh dengan kelucuan jadi mmg rugi kalau tak tengok video kat atas ni =)
Teruskan support JOHAN & ZIZAN k..

14 Oct 2012

FiLeM-FiLeM BaRu JoHaN & ZizaN

Assalammualaikum..
Kepada semua Peminat2 JOZAN nantikan filem-filem terbaru dari JoHaN dan ZizaN yang akan ditayangkan di pawagam sedikit masa lagi. Selepas kejayaan Filem Hantu Kapchai yang dilakonkan oleh ZizaN,Filem JoHaN Pula akan menyusul yang mana filem ini diarahkan oleh Afdlin Shauki. Filem ini bertajuk Pontianak Vs Orang Minyak yang akan ditayangkan dipawagam bermula 22 November ini. Jadi jangan lupa menonton filem baru JoHan ini ramai-ramai yer.
Sementara ZizaN pula bakal beraksi dalam 4 filem yang akan ditayangkan dipawagam tidak lama lagi antaranya adalah dalam filem:
1)TOKAN
 
2)KL GANGSTER 2
 
3)BIKERS KENTAL
 
 
4)KL ZOMBIE

 
Itulah antara filem-filemnya..jadi diharapkan pada semua peminat JOZAN teruskan memberi sokongan pada mereka dan support la filem2 Malaysia yer..



11 Oct 2012

DestiNasi CiNta JoHaN & OzlyN Bersama Air Asia

Assalammualaikum...
Kepada semua peminat JoZaN,JoZLyN jangan lupa menonton program Baru di Astro Ria iaitu DestiNasi CiNta Bersama Air Asia bermula 17 Oktober ini, setiap hari Rabu pada pukul 10 malam.
So kalau korang nak tengok gelagat pasangan sehati sejiwa ni iaitu JoHaN dan Ozlyn jangan ketinggalan menonton Destinasi Cinta Bersama Air Asia ini yer..diorang akan bercuti dan berbulan madu di Thailand. Nampak sweet jer gambar2 kat atas ni so haruslah tengok rancangan Destinasi Cinta ini dalam episod yang ada JoHan dan Ozlyn. Selain JoHan ada Ozlyn terdapat beberapa selebriti lain yang bercuti & berbulan madu di beberapa tempat di negara lain. Apapun jangan lupa tonton episod yang ada JOZLYN tuh yer, Tengok jangan tak tengok ye, siap naik gajah lagi tau =) so tetapkan temujanji korang dengan JOZLYN dalam Destinasi Cinta bersama Air Asia..gambar kat atas ni kredit pada Jozannerz Dsyg dan Umairah Jozannerz
 
Jom Tengok Trailer DestiNasi CiNta

 

9 Oct 2012

JOZAN Together In ERA.FM

Assalammualaikum..
Pagi semalam ZiZaN telah hadir ke Konti Era.Fm untuk ditemubual dalam Segmen JoHaRa Pagi Era..sangat happening bila ada JOZAN bersama-sama..Zizan berada di Konti Radio Era sehingga pukul 9 pagi..ZizaN sempat ditemubual oleh JoHaRa (JoHaN,Hanif dan Ray) berikutan kemenangannya dalam Anugerah Blokbuster dalam kategori Hero Terhebat yang berlangsung pada Sabtu lalu..Dalam pada itu Ah Chai & Mael Lambong A.K.A JOZAN sempat juga berduet dalam satu lagu untuk menghiburkan para pendengar Era. Kemudian mereka juga sempat bermain Permainan Sepontan Era iaitu permainan ala2 Super Spontan iaitu Pantun 2 Kerat..Zizan bermain dengan Ray Era manakala JoHaN bertindak sebagai Juri..penuh kelucuan bila masing2 mengeluarkan pantun spontan mereka..selain itu ketika ditemubual oleh JoHaRa, Zizan sempat berterima kasih pada para peminatnya yang mengundi dirinya sehingga dirinya menang..apapun mari kita tengok video2 dibawah ini iaitu Gelagat Zizan ketika di Konti Radio Era serta rakaman audio JOZAN berduet, Sepontan Era dll..semoga terhibur...

~JoHaRa PaGi ERA Bersama ZizaN RazaK.








SELAMAT menonton dan mendengar truskan memberi sokongan pada JOZAN yer..

7 Oct 2012

TaHNiaH ZiZaN~PemeNanG AnugeRah BLokBusteR(Hero TerHeBat)

 
Assalammualaikum
semalam berlangsungnya Anugerah BLoKBuster 2012 dan membawa kepada kemenangan Zizan Razak dalam Kategori Hero TerheBat..TahNiah ZizaN semua Jozanners happy dengan kemenangan Zizan, diharapkan Zizan dan juga JOZAN terus sukses di masa2 akan datang. Semoga di masa akan datang juga rezeki sama2 memihak pada JOZAN..biar dua2 dapat naik pentas dan sama-sama menang..Insyaallah..Jozanners akan terus menyokong kuat dibelakang JOZAN selamanya. Gambar diatas kredit kepada Instagram Afdal Shahizad. Selain tuh jom kita layan gambar2 Zizan kat bawah ni. Gambar-gambar ini diambil sewaktu Preview Filem HaNtu Kapchai Bersama Media dan Jemputan Khas pada 25 September 2012 yg lalu..

 

 
 
 
Dah layan gambar meh tengok video Zizan,Afdlin dan Lisa menyanyi dan menari tarian BlokBuster StyLe..

JOHAN Di JOHARA PAGI ERA


Assalammualaikum..
Rasanya ramai yang pastinya suka mendengar celoteh JoHaN di segmen JoHaRa PaGi ERA Di Radio Era setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula pada pukul 6 pagi hingga 10 pagi kan..so teruskan mendengar JoHaN Di Radio Era okey pastinya pagi pagi korang akan diceriakan dengan celotehnya serta kawan2 di JoHaRa PaGi Era..kat sini admin nk upload beberapa video Johan semasa di JOHARA PAGI ERA..harap korang terhibur and admin akan upload banyak lagi video/audio Johan di Radio Era secara berperingkat-peringkat..so stay tune n teruskan singgah ke blog ni selalu k..

JoHaRa PaGi ERA-Sketsa JoHaN

Ah Chai JaHaNaM StyLe-JoHaN (JoHaRa PaGi ERA)

TeRiMa KaSiH DaRi JoHaRa


Video2 diatas kredit pada ERA.FM

5 Oct 2012

JoM UNDI JOZAN Di ANuGeRaH BLoKBuSteR


Assalammualaikum...
Anugerah Blokbuster akan berlangsung pada 6 Oktober 2012 ini. Anugerah Blokbuster adalah satu majlis anugerah yang memartabatkan filem-filem serta penggiat seni perfileman pilihan penonton yg mana undian adalah 100% daripada penonton.Undian boleh dilakukan secara Online dan juga SMS. Dalam Anugerah ini Johan dan Zizan juga tersenarai sebagai calon yang bertanding..Maka diharapkan kerjasama para peminat JOZAN untuk mengundi kedua-dua mereka dalam setiap kategori yg mereka tercalon. Undian boleh dilakukan sehingga 6 Oktober jam 6.00 petang. Semua keputusan undian bagi setiap kategori akan diumumkan pada malam kemuncak Anugerah Blokbuster yang akan disiarkan secara langsung pada 6 Oktober 2012 jam 9 malam di Astro Ria..

Untuk mengundi secara Online layari www.anugerahblokbuster.com.my
Untuk undian secara SMS Taip AB<Jarak><Kod Mengundi> dan hantar ke 32888
Undian secara pukal boleh dilakukan dengan menaip AB<3/5/10/20><Jarak><Kod Mengundi> dan hantar ke 32888.
Masih ada masa lagi untuk mengundi JOHAN dan ZIZAN Jadi diminta peminat2 JOZAN mengundi kedua-dua mereka yer..

KateGori ANugeRah HeRo TerHeBat


Selain kategori diatas terdapat juga kategori lain yang mempertandingkan filem2 yang dilakonkan oleh JoHaN mahu pun Zizan antaranya adalah untuk kategori Filem Terhebat, Filem Hantu Bonceng yang dilakonkan oleh Zizan juga tersenarai..
Kategori seterusnya adalah untuk AnuGeRah FiLeM KeLaKar TerHeBat


Itulah kategori yang melibatkan JOZAN dan juga filem2 yang dilakonkan mereka. Jadi diharapkan peminat2 JOZAN cepat2 mengundi kedua-dua mereka yer.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...